Banjaran Bintang

Banjaran Bintang terletak di Perak. Di atasnya ada beberapa buah gunung dan bukit seperti Bukit Bokbak (1199 m), Gunung Bintang (1882 m), Gunung Inas (1801 m), Gunung Ulu Jernih (1577 m) dan gunung-gunung dan bukit-bukit lain yang lebih rendah.Banjaran Bintang menjadi legeh sungai antara Sungai Perak dengan Sungai Kinta serta bebarapa batang sungai lain. Terdapat pelbagai air terjun dan kawasan perkelahan di Banjaran Bintang ini seperti Hutan Lipur Sungai Sedim dan Hutan Lipur Bukit Hijau.